Pencarian Editor

Sebab Menyertai Borneo di Hati
  • Menyertai pasukan editor menawarkan peluang afiliasi profesional kepada anda sebagai sebahagian daripada pasukan Borneo di Hati. 
  • Membangunkan profesional dan jaringan (networking).
  • Meningkatkan kemahiran penilaian.
  • Mengukuhkan resume untuk pencarian kerja atau kenaikan pangkat di masa akan datang.
  • Cara terbaik untuk membuat sumbangan bagi kejayaan dan kelangsungan operasi Borneo di Hati.

Menjadi Editor

Diskripsi Peranan 
  • Status : Part-Time
  • Bayaran : Kerja Sukarela - Tiada bayaran
  • Bahasa : Bahasa Melayu (Kemahiran dan kebolehan menterjemahkan teks Bahasa English adalah kelebihan)
  • Medium Kerja : Internet / Email / Whatapps / Facebook
Borneo di Hati merupakan sebuah portal online yang berkongsi pelbagai khazanah alam flora dan fauna, kebudayaan, adat resam, kemahiran dan kebolehan warga Borneo, keunikan hidup dan pelbagai kisah yang mempunyai nilai positif serta berinspirasi. 
Syarat 
  • Sarawakian / Sabahan / Individu yang meminati khazanah Borneo 
  • Memiliki minat mendalaman terhadap Borneo 
  • Kelayakkan akademik hanya kriteria sampingan
  • Reputasi yang baik di media sosial adalah kelebihan
  • Boleh bekerja dengan cepat dan menepati tarikh akhir yang ditetapkan
Cara Memohon 
  • Sediakan butiran peribadi anda (termasuk nama penuh, alamat semasa, pekerjaan, nombor perhubungan, hobi, alamat email, URL Facebook) 
  • Daripada 6 ruang penulisan Borneo di Hati iaitu Sarawak / Sabah / Inspirasi / Resipi / Tips / Sukan, sila nyatakan bidang yang anda minati. 
  • Emailkan semua butiran ke editor@borneodihati.com